Monday, 12 December 2011

Mari Belajar

SENI KALIGRAFI


 Pengenalan
  1. Perkataan kaligrafi diambil daripada bahasa Yunani Greek Kallos Grapha bermaksud ’tulisan cantik’.
  2. Kaligrafi diperkenalkan sejak zaman Mesir Purba, Yunani Purba dan China Purba.
  3. Pada masa itu, tulisan diukir atas batu atau kepingan buluh dengan menggunakan alat yang tajam.
  4. Kemudian, alat tulis seperti buluh, bulu ayam, berus digunakan untuk menulis di atas kulit kayu atau belulang.
  5. Sejak rekaan kertas, pelbagai jenis pen digunakan untuk menulis kaligrafi.
  6. Bagi tulisan Rumi dan tulisan Khat, pen manuskrip amat sesuai digunakan.
Ciri-ciri Kaligrafi
  1. Ketepatan
  2. Keseragaman
  3. Gerak bentuk yang sama
  4. Gaya huruf tertentu
  5. Susunan huruf teratur dan seimbang
  6. Hiasan pada huruf mempunyai gaya tertentu
  7. Kesan keseluruhan cantik dan berharmoni

No comments:

Post a Comment